SK Cheras Indah

Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan

Masa ku

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

GURU BESAR

Guru Besar SK Cheras Indah 2008

Pn. Noor Azmah bt. 

Abdul Rauf

Waktu Solat

Berita SKCI

MAKLUMAN

UJIAN BULANAN OGOS 2008

Untuk makluman, peperiksaan ini  akan dilaksanakan pada 12 Ogos hingga 15 Ogos 2008. Peperiksaan ini merangkumi semua mata pelajaran teras KBSR di sekolah seperti BM, BI, Math, Science.



 PENDAFTARAN KOMUNITI SKCI 

Makluman untuk semua pengunjung... Sila daftarkan diri anda sebagai ahli di web ini dengan menekan klik "register" diruang login form dan seterusnya ikuti langkah - langkah yang disediakan.

 


FORUM / PERBINCANGAN

Warga skci dan ibubapa boleh mendaftar di laman Forum SKCI untuk mendapatkan info, memberikan cadangan, komen, atau mesej kepada sekolah mahupun individu atau guru - guru SKCI. 

 

 


HARI USAHAWAN 2008

Untuk pengetahuan semua, PIBG bersama SKCI akan mengadakan Hari Usahawan atau dalam kata lain Hari Kantin pada 25 Oktober 2008. Semua masyarakat dijemput hadir. Pembukaan tapak gerai untuk peniaga luar akan diberitahu kelak.

 

Sembang - Sembang

Latest Message: 3 days, 5 hours ago
  • publicenemy : terimak asih p
  • publicenemy : bersyukur
  • publicenemy : alhamdulillah
  • publicenemy : epi sngt sbb dpt 5A!
  • gast_1217su : sukatan tahunan bi sk thn 1 hingga thn 6
  • gast_2577 : aku kapel ngan 10 org taun ni...
  • gast_2577 : aku dh kapel ngan siti tdi! dier trimer
  • gast_2577 : brape org dpt 5a upsr, fadhli?
  • gast_2577 : 1561
  • gast_2577 : 212

Smilies?

Siapa Di Talian

Statistics

OS: Linux s
PHP: 5.1.6
MySQL: 4.1.22-standard-log
Time: 18:11
Caching: Disabled
GZIP: Disabled
Members: 18
News: 13
Web Links: 5
Home
Berita Pendidikan
Written by Zamani Zakaria   
Monday, 17 November 2008

Berita Harian : Pendidikan
Berita Harian Pendidikan

  • Fokus: Kesan PPSMI
    PENINGKATAN bilangan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak boleh dijadikan ukuran bagi menggambarkan pencapaian sebenar pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
  • Program pendidikan Berita Harian bantu tingkat pencapaian calon UPSR
    SEKOLAH yang menjadikan pakej Klinik UPSR Didik sebagai program pendidikan tambahan bagi memantapkan persediaan calon menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan berkenaan.
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008
Written by Admin   
Thursday, 16 October 2008

Untuk makluman, Peperiksaan Akhir Tahun  akan dilaksanakan pada 22 Oktober hingga 3 November 2008. Ujian ini merangkumi semua matapelajaran di sekolah. Dalam masa tempoh peperiksaan tersebut,sekolah akan bercuti sempena Depavalli dari 24 Oktober hingga 29 Oktober 2008.

jadual last 2008

Last Updated ( Thursday, 16 October 2008 )
 
Hari Terbuka / Hari Akademik
Written by Admin   
Monday, 23 June 2008

 

Hari Terbuka / Hari Akademik telah diadakan pada 13 Jun 2008. Hari tersebut diadakan bagi Ibubapa mengambil buku rekod kemajuan, perbincangan dengan guru mengenai prestasi anak - anak, mengetahui kelemahan anak - anak dalam pelajaran, tingkahlaku / disiplin dan sebagainya. Klik pada album untuk melihat gambar - gambar pada Hari Terbuka tersebut.

Last Updated ( Thursday, 16 October 2008 )
 
Berita Pilihan 1
Written by Admin   
Tuesday, 30 September 2008

                               PLKN UNTUK MURID TAHUN 6

plkn
MODUL PLKN dengan sedikit pengubahsuaian mungkin pilihan terbaik untuk mengisi jadual waktu persekolahan murid tahun enam selepas menduduki UPSR. - Gambar hiasan



UJIAN Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru sahaja melabuhkan tirainya. Kebiasaannya pihak sekolah dan guru menyediakan pelbagai program dan aktiviti sama ada yang berbentuk akademik atau sebaliknya untuk mengisi jadual waktu persekolahan.

Ada guru yang mula mendedahkan murid dengan sukatan pelajaran sekolah menengah. Ada yang mengadakan bengkel dan ceramah. Tidak kurang juga yang membenarkan murid ke pusat sumber sekolah membuat kerja sendiri. Sesetengahnya mengadakan pertandingan catur atau sukan lain. Ramai juga guru yang mengadakan kelas pemulihan khas untuk murid bermasalah pembelajaran.

Pendek kata, pengisian jadual waktu selepas tamat UPSR berbeza mengikut sekolah dan tahap kepintaran murid. Pokoknya jadual waktu terisi dan murid tidak terbiar.

Namun begitu hasrat murni ini tidak begitu berjaya mencapai matlamatnya kerana dalam sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan murid sudah tidak ada hati untuk ke sekolah apatah lagi untuk belajar sebaik sahaja tamat UPSR.

Majoriti hadir atas dasar keterpaksaan - kosong tanpa jiwa dan sekadar untuk mengisi masa senggang semata-mata. Segelintir lagi khususnya pelajar kategori lemah akademik pula "bercuti" awal dengan menghabiskan masa menonton televisyen, bermain playstation atau melepak di kafe siber.

Sebagai alternatif, Kementerian Pelajaran mungkin boleh mengadakan satu program khusus yang seragam ala Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai acara wajib kepada semua murid tahun enam yang telah menduduki UPSR sementara menanti cuti persekolahan akhir tahun.

Program ini pastinya menarik minat murid kerana ia diadakan di luar persekitaran sekolah dan tidak terikat dengan buku atau pensil. Tambahan pula mereka berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti flying fox, absailing dan berkayak.

Peluang ini membolehkan mereka meneroka idea baru dan membuat anjakan paradigma dalam suasana di luar bilik darjah. Paling utama program ini mampu membuka mata dan menambah pengetahuan serta pengalaman murid berkenaan.

Sungguhpun begitu, modul pengisian program tidak perlu terlalu berat seperti PLKN sedia ada yang melibatkan penggunaan senapang dan peluru hidup. Memadai dengan beberapa perkara yang sesuai dengan usia muda mereka seperti ikhtiar hidup, motivasi, berkawad, rawatan kecemasan dan modul kenegaraan.

Tempoh program juga tidak perlu terlalu lama atau terlalu singkat. Sebulan merupakan tempoh yang ideal untuk mereka berdikari dan menjadi `dewasa`. Ia juga bagi memberi masa yang mencukupi kepada mereka selepas tamat program untuk membuat persediaan memasuki tingkatan satu dan berkhatan bagi yang belum.

Program ini juga menjadi satu latihan persediaan kepada murid-murid yang bakal tinggal di asrama tidak kira di sekolah berasrama penuh atau di asrama harian.

Mini PLKN ini boleh diadakan mengikut daerah, zon atau negeri tertakluk kepada kesediaan dan keupayaan kem-kem yang ada.

Bagaimanapun, faktor keselamatan dan pemilihan jurulatih perlu diberi perhatian serius oleh Kementerian Pelajaran untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kes cabul, buli dan pergaduhan.

Aspek kesihatan khususnya yang melibatkan bekalan makanan dan air bersih juga tidak boleh diabaikan demi memastikan peserta program bebas daripada wabak penyakit berjangkit dan masalah keracunan makanan.

Hanya dengan jaminan itu, ibu bapa atau penjaga akan berasa yakin untuk melepaskan 'anak kecil' mereka menyertai program ala PLKN tersebut.

 

Last Updated ( Thursday, 16 October 2008 )
 
 
Joomla Templates by Joomlashack